suria

Cuaca buruk, SPR gantung 11 pusat mengundi di Baram

Cuaca buruk menyebabkan banjir di Parlimen Baram.

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Parlimen Baram, Sarawak susulan keadaan cuaca tidak baik.

Situasi tersebut turut menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke lokasi mereka ditugaskan sama ada melalui laluan udara, darat dan air, demikian menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata keputusan tersebut melibatkan 11 pusat mengundi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Respect kat pengundi Baram, pemimpin kena buka mata ye!” - Netizen kagum orang Sarawak tetap semangat mengundi dalam banjir

Pusat tersebut di Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2); RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah Saluran (1 & 2), Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2), Sekolah Kebangsaan Long Tungan Saluran (1 & 2).

Sekolah Kebangsaan Long Moh Saluran (1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan Saluran (1 & 2); Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2); Sekolah Kebangsaan Lio Mato Saluran (1 & 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Banga Saluran (1 & 2).

"Tarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) akan diumumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain