suria

[V] “Respect kat pengundi Baram, pemimpin kena buka mata ye!” - Netizen kagum orang Sarawak tetap semangat mengundi dalam banjir

Pengundi di sekitar Baram tetap menunaikan kewajipan dengan turun mengundi meskipun banjir.

BEBERAPA pusat mengundi yang ditenggelami air banjir Sarawak terpaksa ditukar ke lokasi bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pada Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pembuangan undi berjalan lancar.

"Sehingga kini saya tidak menerima sebarang (laporan) permasalahan (namun), kita akan sentiasa kemas kini (perkembangan terkini). Nanti petang (19 November) kita akan keluarkan (kenyataan) selepas proses pengundian tutup (selesai)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beberapa kawasan di Bahagian Limbang, termasuk Mendamit, Sundar dan Trusan, serta Hulu Baram di Bahagian Miri, ditenggelami banjir sejak Selasa lalu.

Tinjauan di media sosial juga mendapati para pengundi berkongsi foto dan video suasana banjir di tempat mengundi.

"Beginilah keadaan di salah dari pusat mengundi di Baram Sarawak.

"Walaupun banjir orang Baram masih keluar mengundi. "Respect la kat pengundi-pengundi di Baram. Para pemimpin kena buka mata ye!"

"Demi negara tercinta, apa pun diharungi... Terbaik rakyat Sarawak," kata netizen di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain