PILIHAN raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan diadakan pada 7 Disember ini. Tarikh baharu itu ditetapkan berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, awal pagi Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Al-fatihah... Calon PN DUN Tioman meninggal dunia Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan berkata, hari penamaan calon adalah pada 24 November dan pengundian awal pada 3 Disember. Permohonan undi pos akan dibuka pada hari Sabtu (19 November) hingga 22 November. Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia pada jam 3.30 pagi Sabtu akibat komplikasi jantung. Allahyarham daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI