suria

Highlight PRU15: Pusat pengundian ditutup, 70 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

Pengawal keselamatan menutup pintu pagar pusat mengundi di SK Taman Sri Muda (2), Shah Alam. Foto: Izzrafiq Alias

PROSES membuang undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula pada pukul 8 pagi bagi Semenanjung dan 7.30 pagi bagi Sabah dan Sarawak.

Tumpuan lebih 21.1 juta rakyat negara ini sudah pasti ke peti undi untuk melaksanakan tanggung jawab masing-masing pada 19 November.

Beberapa calon yang bertanding termasuk pemimpin parti dilihat tiba awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berikut ialah sorotan menarik sepanjang hari pengundian:

- Pusat pengundian seluruh negara ditutup pada pukul 6.00 petang.

- Peratusan keluar mengundi setakat pukul 4.00 petang adalah 70 peratus, menurut SPR.

- Dua pengundi warga emas meninggal dunia di pusat pengundian di Johor, seorang di kawasan parlimen Sembrong dan satu lagi di Pulai, menurut jurucakap SPR Johor.

- Peratusan keluar mengundi ialah 58 peratus setakat pukul 2 petang, kata SPR.

- Calon parlimen termuda Malaysia, Peggy Chaw Zhi Ting, 23, yang bertanding sebagai calon bebas di Tenom, menunjukkan jari berdakwat selepas membuang undi.

peggy

- Calon PH bagi Parlimen Damansara, Gobind Singh dan adiknya, Ramkarpal Singh, penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor, membuang undi di Sekolah Kebangsaan St Xavier Cawangan di Pulau Pinang.

singh

- Peratusan keluar mengundi di Johor ialah 42.4 peratus setakat 1 tengah hari, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.

- Calon Barisan Nasional mewakili Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, bergambar bersama pengundi di SK Jalan U3, Taman Subang Perdana, Shah Alam. Khairy kini membuat pusingan di pelbagai pusat pengundian selepas membuang undi di Rembau, Negeri Sembilan awal pagi.

20221119054116_816038

-Datuk Seri Bung Moktar Radin membuang undi di pusat mengundi di SMK Bukit Geram di Kinabatangan. Pengerusi Umno negeri Sabah dan Timbalan Ketua Menteri akan bertanding di kerusi Parlimen Kinabatangan bagi GRS-Barisan Nasional.

20221119052720_806338

- Peratusan keluar mengundi di Pahang adalah pada 43 peratus setakat 1 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya negeri.

-Pemimpin Pakatan Harapan dan calon bagi kerusi Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan jari berdakwat selepas membuang undi di pusat mengundi di SK Dato Ahmad Said Manjoi, Perak.

20221119051152_321998

-Calon Barisan Nasional bagi kerusi Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) membuang undi di pusat mengundi Sekolah Agama Taman Sri Lambak.

20221119045409_419326

-Pilihan raya di DUN Tioman di Pahang telah ditangguhkan, dengan 24 Nov sebagai tarikh baharu penamaan calon, 3 Dis untuk pengundian awal dan 7 Dis untuk pengundian, menurut SPR.

- Peratusan keluar mengundi ialah 31 peratus setakat 11 pagi, kata SPR.

- Pengundi di kawasan parlimen Baram, Sarawak beratur untuk mengundi di pusat yang dinaiki air di Long Bemang pada jam 11 pagi. Sebahagian daripada kawasan itu dilanda banjir pada Sabtu tetapi pengundian dapat diteruskan.

20221119042004_538757

-Peratusan keluar mengundi adalah 20 peratus setakat 10 pagi, kata SPR.

-Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuang undi untuk PRU15 di pusat mengundi di SMK Bandar Kerayong, Pahang pada 10.27 pagi Sabtu.

-Mangsa banjir Sepang yang mencari perlindungan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil tidak terlepas hak mengundi.

- Calon Langkawi dan calon tertua PRU15 Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menunjukkan jari berdakwat selepas membuang undi di SK Titi Tinggi.

20221119032600_867512

-Terdapat barisan pengundi yang luar biasa panjang di luar pusat mengundi (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) SJKC Bukit Serdang di Seri Kembangan. Dianggarkan garisan sepanjang 950 meter membentang di sepanjang Persiaran Lestari Perdana 5 dan menyusur ke Jalan LP6/1. Pengundi mengatakan mereka telah berdiri dalam barisan selama lebih 30 minit pada jam 10 pagi.

- Calon Barisan Nasional Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai (kanan) berkongsi momen bergambar dengan calon Pakatan Harapan bagi kawasan itu Young Syefura Othman semasa lawatannya ke pusat pengundian SK Sulaiman.

- Cheng Chin Mian, 26, dan Nelson Choo Yi Shian, 27, berjaya membuang undi di SK Taman Sri Muda, Shah Alam sebelum bergegas ke majlis perkahwinan gereja mereka pada pagi Sabtu.

- Pengerusi Perikatan Nasional Tan Seri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama isteri Sri Noorainee Abdul Rahman (kiri) meninggalkan SMK Sri Muar selepas membuang undi sekitar jam 9 pagi.

20221119012628_066831

- Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang (kiri) selesai membuang undi bersama isteri, Toh Puan Sri Zainab Awang Ngah di SK Rusila, Marang, Terengganu bagi kawasan parlimen Marang sekitar jam 9 pagi.

- Pengundi kerusi parlimen Ayer Hitam, E Chong Mow atau Er Chong Ho, 82, berkeras memandu sendiri ke pusat pengundian SK Yong Peng untuk membuang undi walaupun mengalami kesukaran berjalan dan tidak sihat selepas terjatuh minggu lalu.- The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain