CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Md Yunus, 61, dipercayai meninggal dunia pada jam 3.30 pagi akibat komplikasi jantung. Allahyarham daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI