SEKUMPULAN pemimpin akar umbi Umno yang tidak berpuas hati mencetuskan kekecohan di ibu pejabat Umno pada Ahad, menggesa presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur. Kumpulan itu mengejutkan petugas media apabila mereka lantang melaungkan di lobi Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia KL, kira-kira pukul 4 petang Ahad, menggesa Ahmad Zahid meletakkan jawatan. "Undur Zahid, undur, undur. "No Anwar, No DAP," laungan kumpulan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Tiada jodoh! KJ kalah di Sungai Buloh, Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada jawapan siapa tadbir negara! PN sedia terima parti lain bentuk kerajaan, Anwar dakwa sudah ada majoriti Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ketua Umno Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Mokhtar berkata, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan buruk Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). "Bukan kami tak sayangkan Ahmad Zahid dan parti, tapi beliau perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini. "Zahid perlu bertanggungjawab di atas keputusan dan kegagalan gabungan Barisan Nasional (BN) yang gagal menjadi parti dominan dalam pilihan raya. "Beliau harus mengambil keputusan terhormat untuk berundur dan tidak menunggu sehingga undi tidak percaya dikemukakan terhadapnya," katanya kepada pemberita. Dzulkarnain berkata, beliau bersama yang lain tidak kisah dipecat oleh parti itu kerana gesaan mereka untuk menggulingkan Ahmad Zahid. "Kita mahu suarakan naluri dan isi hati kami dan akar umbi," katanya. Selain itu, beberapa pemimpin Umno secara terbuka menggesa Ahmad Zahid meletakkan jawatan. Ia susulan Umno mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah dengan hanya memenangi 27 kerusi pada PRU15. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI