suria

Tak puas hati Nurul Izzah kalah, masyarakat Twitter ‘serang’ Ustaz Fawwaz... Main isu ada 2 isteri, 11 anak pula

Ustaz Fawwaz mengalahkan Nurul Izzah dengan majoriti 5,381 undi.

KEKALAHAN puteri reformasi Nurul Izzah yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) cukup mengejutkan ramai.

Susulan itu tumpuan kini tentunya terarah kepada penyandang baharu kerusi Parlimen itu, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-PAS) yang menang dengan majoriti 5,381 undi.

Lebih popular dengan gelaran Ustaz Fawwaz, nama ahli politik berusia 39 tahun itu terus hangat diperkatakan di media sosial selepas kemenangannya diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

fawa2

Penyandang Parlimen Permatang Pauh ini merupakan lepasan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar.

"Siapa Ustaz Fawwaz yang tewaskan puteri reformasi Nurul Izzah di kerusi turun-temurun PKR Permatang Pauh? Inilah orangnya," tulis @JatIkhwan di Twitter.

Hingga kini posting yang disertakan dengan biodata Muhammad Fawwaz itu meraih lebih 2,600 ulang kicau (retweet) dan turut dihujani komen netizen.

Paling mencuri tumpuan tentunya nama dua wanita iaitu Siti Noor Kamariah Ramli dan Unimaya Wan Chek yang dinyatakan sebagai isteri Muhammad Fawwaz dalam biodata tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nurul Izzah tewas pada hari lahir, hiba ucap selamat tinggal kepada penyokong Permatang Pauh

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin kongsi foto jumpa pemimpin politik - “Kerajaan persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat”

Biarpun ada netizen yang meninggalkan komen berunsur penghinaan terhadap rumah tangga Muhammad Fawwaz, ramai individu lain turut mempertahankan hal itu dan berharap tiada sesiapa yang menyerang peribadinya.

"Kenapa orang serang isteri dan anak-anak dia. Ini sangat teruk.

"Dia dah menang, anda semua serang peribadi dia pula yang ada dua isteri dan 11 anak. Bukan salah pun di sisi agama.

twit fawwaz

Komen netizen tentang isu kahwin dua.

"Kenapa orang serang kehidupan peribadi dia? Tolong hormati keputusan pengundi," tulis netizen.

Di ruangan komen, penduduk Permatang Pauh turut menzahirkan rasa syukur atas kemenangan itu memandangkan Muhammad Fawwaz cukup aktif dalam aktiviti keagamaan di kawasan mereka.

"Ustaz ni memang ceramah dia best. Aku suka dengar. Jadi memang patut dia menang.

"Aku pun kecewa Izzah kalah. Aku orang Permatang Pauh kot. Tapi Ustaz Fawwaz ni engagement dia dengan community kuat. sebab tu dia boleh menang.

"Ustaz Fawwaz famous la area sini, memang dia pegang la area sini, masjid Sungai Ular pun dia masuk," tulis netizen.

'hgf

Biodata yang tular di Twitter.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan penduduk Permatang Pauh mengakui bahawa mereka menjangkakan kekalahan Nurul Izzah yang didakwa tidak turun padang di kawasan tersebut.

"Orang Permatang Pauh lebih tahu kot kenapa tolak Izzah. Kita orang luar tak tahu. Just hormat saja pilihan rakyat sana.

"Betul, aku stay sini tahu la. Wakil Permatang Pauh tapi asyik dekat KL je," dakwa individu itu.

Sedikit mengenai Muhammad Fawwaz, graduan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah dan bekas eksekutif Zakat Pulau Pinang.

Aktif mengajar di masjid, surau dan jabatan kerajaan, dia juga merupakan Penasihat Majlis Ilmu Pulau Pinang, Penasihat Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis, Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Kejal, Timbalan Pengerusi Pondok Mahasiswa dan Penasihat Hal Ehwal Pendidikan Islam Pulau Pinang.

Artikel Lain