suria

Siapa bakal jadi PM? Netizen saspens parti mana bentuk kerajaan, yang penting mahu umum cuti hari Isnin!

Ramai netizen mahu kerajaan baharu mengumumkan cuti umum pada Isnin.

TATKALA rakyat Malaysia masih berteka-teki mengenai parti manakah yang bakal menubuhkan kerajaan baharu, topik mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terus hangat menjadi perbualan utama di media sosial.

Semakan mStar setakat 11.30 pagi Ahad mendapati kata kunci berkaitan politik tanah air terus trending di laman Twitter, dengan puluhan ribu ciapan yang dikongsi netizen.

Antara kata kunci yang trending termasuklah Muhyiddin, Pakatan Harapan, Blackout, Agong, Istana, Zahid, Adam Adli serta Congrats YB.

Selain menzahirkan harapan agar keputusan membentuk kerajaan dimuktamadkan segera, netizen turut berdebat mengenai calon perdana menteri (PM) yang dimahukan mereka.

trending1

Antara 'trending topic' di laman Twitter.

"Serius, PRU15 kali ini hanya antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Sekarang merupakan gelombang politik baharu.

"Jadi siapa yang akan membentuk kerajaan sekarang? PN dan PH tak mungkin bersama, jadi siapa yang PH sedang tengok?

"Kepada PN dan PH. Gabunglah siapa pun tapi tolong jangan ajak Barisan Nasional (BN). Dia biar dia je," tulis beberapa pelayar Twitter.

Antara topik yang turut mencuri tumpuan tentunya harapan netizen sekiranya kerajaan baharu akan memberi cuti umum pada Isnin.

file7nomn383iwy1anx2g6k1

Rakyat Malaysia mengundi pada Sabtu.

Ini kerana kebanyakan mereka masih berada di kampung halaman selepas pulang untuk proses pengundian pada Sabtu.

"Saya rasa apa yang semua orang betul-betul nak tahu pada waktu ini adalah sekiranya Isnin kerja atau cuti.

"Tunggu keputusan rasmi sekiranya Isnin cuti ke tak sebab saya duduk asrama dan malas nak kemas baju.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada jawapan siapa tadbir negara! PN sedia terima parti lain bentuk kerajaan, Anwar dakwa sudah ada majoriti

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Lari dari Titiwangsa, angan-angan Rina Harun berkubur di Sepang

"Kita sedang dalam proses membentuk kerajaan dan anda terus bercakap mengenai cuti hari Isnin?

"Parti yang menang perlu umumkan Isnin cuti terlebih dahulu. Kalau tak, memang kena kecam.

"Siapa pun jadi kerajaan, semoga Isnin cuti," tulis beberapa netizen.

Selain Twitter, lama Instagram mStar sendiri turut dihujani ribuan komen netizen mengenai situasi politik semasa tanah air.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai PH mengadakan sidang media secara berasingan, masing-masing pada pukul 3 pagi dan 3.30 pagi.

Muhyiddin berkata, PN bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang sedia menerima prinsip gabungan itu, untuk membentuk kerajaan yang bersih dan stabil.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau mendakwa pakatan itu mempunyai sokongan lebih 111 untuk membentuk kerajaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain