DATUK Seri Hishammuddin Hussein tampil sebagai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pertama yang bertegas untuk menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Menerusi hantaran di Facebook sekitar jam 11 pagi, Hishammuddin berkata dia lebih rela dipecat daripada bersekongkol dengan gabungan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. "Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, saya tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. "Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. "No Anwar, No DAP," kata Ahli parlimen Sembrong itu dalam hantaran di Facebook dan Twitter. Pagi ini timbul desas desus mengadakan PH dan BN mengadakan pertemuan bagi memuktamadkan kerjasama politik di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI