suria

Nampak mesra... tular gambar pemimpin PH-BN adakan pertemuan

Tular gambar kedua-dua pimpinan PH dan BN mengadakan pertemuan.

KECOH kononnya blok Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sedang memuktamadkan kerjasama bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Ia susulan tersebarnya beberapa keping gambar yang memaparkan pimpinan kedua-dua parti berkenaan bertemu empat mata.

Difahamkan, pertemuan tersebut berlangsung pada pagi Isnin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Antara pimpinan kelihatan di dalam gambar tersebut adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa pemimpin lain daripada kedua-dua gabungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin PH, BN adakan perjumpaan pagi ini... bakal muktamadkan kerjasama?

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam sidang medianya memaklumkan tiada sebarang rundingan yang dilakukan bersama ahli kepimpinan parti berhubung penyertaan BN dalam gabungan lain, termasuk Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.

"Jika mana-mana pihak keluarkan kenyataan bahawa mana-mana gabungan yang mahu menyokong mana-mana pihak yang memasukkan BN bersama mereka, adalah tidak benar," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau bertegas mana-mana Ahli Parlimen BN yang menandatangani sebarang dokumen terutama akuan bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

zahid 2

Pimpinan kedua-dua gabungan dikatakan mengadakan pertemuan pagi tadi.

"Kami telah memutuskan bahawa ketetapan dan arahan parti yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah merupakan arahan tetap yang wajib diikuti oleh setiap ahli kerana kita bertanding atas tiket BN.

"Mana-mana individu selaku Ahli Parlimen yang menandatangan sebarang dokumen terutama Akuan Bersumpah untuk menamakan siapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak sah kerana ia melanggar ketetapan parti serta Akuan Bersumpah yang telah ditandatangani setiap calon calon BN," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Zahid berkata, BN akan mengemukan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan dibuat pada petang ini.

"Maka pada hari ini, kami Ahli-ahli Parlimen BN, akan menghantar Akuan Bersumpah untuk dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu pada jam 2 petang ini.

"Maka kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menganjurkan sedikit waktu itu kepada waktu yang agak lebih fleksibel untuk kami kemukakan SD setelah keputusan dibuat," jelas beliau lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain