suria

Pemimpin PH, BN adakan perjumpaan pagi ini... bakal muktamadkan kerjasama?

Pemimpin PH dan BN dikatakan mengadakan pertemuan pada pagi Isnin.

PIMPINAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilaporkan mengadakan pertemuan pada pagi Isnin, bagi memuktamadkan kerjasama politik antara kedua-dua gabungan berkenaan.

Menurut Berita Harian yang memetik laporan sebuah portal berita, pertemuan pemimpin PH dan BN itu dikatakan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.

Menurut sumber daripada PH, ia sekadar perjumpaan biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Serah nama calon PM sebelum 2 petang Isnin - Istana Negara

Setakat ini, belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu, PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi, sementara BN hanya menguasai 30 kerusi.

Untuk makluman, Istana Negara pada Ahad meminta ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik mengemukakan nama seorang ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri sebelum pukul 2 petang Isnin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PH, BN, kerjasama politik, PRU15,

Artikel Lain