suria

Agong titah 30 MP BN menghadap esok pagi, pertemuan secara individu

MP BN akan menghadap YDPA di Istana Negara pada pagi Rabu.

KETIKA semua pihak masih tertunggu-tunggu tentang siapa calon Perdana Menteri ke-10, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kini menitahkan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda pada Rabu.

Menerusi kenyataan Istana Negara pada petang Selasa, sesi menghadap secara individu itu akan dibuat bermula pukul 10.30 pagi.

"Prosesnya adalah untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Pada Selasa, Baginda berkenan menerima menghadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut politik negara pada ketika ini.

Ia susulan berlakunya situasi 'Parlimen tergantung' apabila tiada mana-mana parti politik berjaya memperoleh majoriti dua pertiga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain