TEKA-TEKI mengenai perdana menteri ke-10 yang bakal menerajui kerajaan baharu nampaknya masih belum terjawab. Pada Rabu, tular poster memaparkan seruan PAS kepada rakyat Malaysia untuk mendoakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-10. "Seruan solat hajat dan bacaan Yasin agar Allah permudahkan urusan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia. Poster yang tular di Twitter. "Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS, tunaikan solat hajat dan bacaan surah Yasin di markas atau tempat masing-masing," tulis kenyataan pada poster itu. ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah 30 MP BN menghadap esok pagi, pertemuan secara individu Poster Perikatan Nasional (PN) itu turut memaparkan foto beberapa pemimpin tertinggi gabungan berkenaan, termasuklah Tan Sri Hadi Abdul Awang dan Muhyiddin. Untuk rekod, Muhyiddin yang mewakili PN serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada pukul 4.30 petang, Selasa. Bagaimanapun, kedua-dua gabungan berkenaan tidak mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan Sabtu lalu. Susulan itu, Sultan Abdullah menitahkan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda pada Rabu pagi. tetapi parti itu dilaporkan meminta penangguhan.. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI