POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan sekatan jalan raya (SJR) 24 jam di lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara mulai Selasa, kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Ketua Polis Negara berkata ia bertujuan mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam. "Langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam. "Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada sekatan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari," ujar kenyataan itu. Tambah beliau, orang ramai tidak perlu bimbang dalam menjalankan rutin harian mereka dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI