suria

[V] “Nak tengok wayang” - Anwar nampak ceria, siap bergurau dengan wartawan

Anwar sempat bergurau sebelum meninggalkan kediamannya kira-kira pukul 11.20 pagi Rabu.

KETIKA semua pihak masih mencongak-congak dan pening memikirkan siapa bakal Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup tenang dan sempat berseloroh dengan wakil media.

Sempat menyapa pihak media yang 'berkampung' di luar kediamannya di Bandar Sungai Long, Kajang, Ahli Parlimen Tambun itu berkata dia mahu menonton wayang.

"Nak tengok wayang," kata Anwar sebelum meninggalkan kediamannya kira-kira pukul 11.20 pagi Rabu.

@mstarmalaysia

Nak tengok wayang” - Anwar nampak ceria, siap bergurau dengan wartawan

♬ original sound - mStar Official

Episod pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terus mendapat perhatian rakyat apabila tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti mudah.

Susulan itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap baginda pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jawatan PM masih kosong” - Anwar sempat bergurau, sabar tunggu Agong buat keputusan

Ia susulan tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kemudian Yang di-Pertuan Agong turut menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) menghadap secara individu di Istana Negara bermula pukul 10.30 pagi Rabu.

Proses ini bertujuan agar Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain