suria

Jangan lupa kes aniaya Bella... Nasib Siti Bainun diketahui esok

Nasib Siti Bainun bakal diketahui pada Khamis.

KES dera melibatkan seorang remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella tidak pernah dilupakan, malah ia masih segar dalam ingatan rakyat negara ini.

Dalam perkembangan terbaharu, keputusan sama ada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, bakal diketahui pada Khamis, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam sesi yang akan diadakan esok, Hakim Izralizam Sanusi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi.

Jika wujud kes prima facie terhadap Siti Bainun, pengasas rumah kebajikan itu akan diarah membela diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Seperti 'Puteri Elsa' dalam Frozen! Bella saksi terakhir beri keterangan di mahkamah - "Nampak ceria, makin berisi dan bersih"

Jika sebaliknya, dia akan dilepaskan dan dibebaskan.

Untuk rekod, mStar pada 22 September lalu melaporkan Bella hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan wajah ceria dan gembira.

Malah, penampilannya memakai gaun berwarna biru beserta crown dan tongkat umpama watak seorang puteri raja dalam animasi Frozen, Elsa mencuri tumpuan umum.

Difahamkan, remaja terbabit hadir ke mahkamah selaku saksi terakhir bagi pihak pendakwaraya berikutan kes penderaan ke atasnya tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain