suria

Nurulhidayah pelik orang PAS tak pernah guling presiden, tapi Zahid disuruh berundur - “Umno ni hebat dalam ugutan, hebat beri tekanan”

Zahid bersama isteri, anak dan penyokong BN pada hari pengundian PRU15 baru-baru ini.

ANAK kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid nampaknya terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang didakwa cuba untuk menjatuhkan bapanya.

Dalam tiga posting terbaharu di TikTok pada Selasa, dia berkongsi luahan hati berkaitan perjuangan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan menerima tentangan ahli parti sendiri.

"Bertahun PAS jadi pembangkang. Tak ada pun secara terang-terangan gerakan tumbangkan presiden PAS. Umno ni hebat dalam ugutan. Umno ni hebat dalam beri tekanan.

"Hanya yang kuat akan bertahan. Hanya yang sabar akan menang. Allah Maha Baik. Dia nak tunjuk siapa selama ini individu yang buat gerakan jatuhkan presiden.

315653447_1223780571815449_5031493661456775884_n

Nurulhidayah aktif membantu bapanya ketika kempen PRU15.

"Silap haribulan, orang-orang itu yang buat sampai Datuk Seri Najib Razak ke penjara. Ini bukan kerja seorang dua. Ini kerja berkumpulan dan komplot terancang. Komplot luaran Umno, komplot dalaman Umno," ujarnya menerusi TikTok dan Instagram.

Menerusi posting berlainan, dia turut menyatakan bahawa segala luahannya itu merupakan pandangan peribadinya sahaja.

"Saya dah 44 tahun hidup dan segala pandangan yang saya kongsikan adalah pandangan peribadi daripada pemerhatian yang tak ada kena mengena dengan sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurulhidayah kongsi screenshot mesej WhatsApp ‘backup’ bapa, hairan kumpulan anti Zahid semakin ‘meroyan’

"Kalau Presiden Umno tu nak lepaskan tengkuk dia daripada tuduhan mahkamah, lama dah dia buat ikut telunjuk Tun Mahathir untuk bubar Umno. Berapa ramai yang lompat lepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)? Fikir, fikir, fikir.

"Walau bagaimanapun, bukan semua orang macam dia di 'muka buku' yang claim suara akar umbi. Allah sangat baik. Sabar, sabar, sabar. Apa pun, Allah punya ketetapan dan kehidupan yang perlu diteruskan.

"Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya berseorangan. Hasbunallah Wanikmal Wakil," tulisnya lagi.

Untuk rekod sejak beberapa hari lalu desakan untuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN mengundur diri semakin kuat susulan kekalahan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain