SUDAH pastinya seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu di hadapan televisyen ataupun siaran langsung di media sosial sejak pukul 8 malam tadi bagi mendengar 'amanat' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Sosok pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) itu akhirnya muncul sekitar pukul 9 malam dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun kelihatan sibuk menjawab panggilan telefon daripada pemimpin antarabangsa sekitar 10 minit sebelum memulakan sidang media. ARTIKEL BERKAITAN: Kenali siapa Anwar Ibrahim... Ini fakta yang anda perlu tahu tentang PM Ke-10 Anwar memulakan sidang media dengan menzahirkan ikrarnya untuk membawa perubahan kepada Malaysia. Berikut adalah antara intipati sidang media Perdana Menteri ke-10 ini: Anwar ketika sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. 1) Anwar mengisytihar cuti umum pada Isnin (28 November 2022). "Alhamdulillah, saya akan menunaikan janji dan mengalihkan cuti kepada Isnin minggu depan," ujarnya. 2) Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Khamis, Anwar mengulangi ikrar untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan tersebut. Beliau berkata, perkara itu adalah langkah pertama yang diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat. 3) Anwar menegaskan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bagaimanapun, Anwar berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN). 4) Anwar juga menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dalam hal melibatkan rasuah dan penyelewengan. "Tata kelola dalam pentadbiran saya perlu dikemas kini, bukan untuk mengungkit kisah lama tapi ini disepakati sebagai syarat dalam pembentukan kerajaan perpaduan," katanya. 5) Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) berkemungkinan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga kepada Sabah atau Sarawak. Beliau berkata akan memaklumkannya apabila sudah membuat keputusan. 6) Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember ini. Selain majlis mengangkat sumpah semua Ahli Parlimen, agenda lain adalah membentangkan usul percaya kepada perdana menteri. Jelasnya, usul percaya itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya. "Dengan ketatapan ini, tidak timbul keresahan tentang keabsahan sokongan yang ada," katanya. 7) Kerajaan perpaduan akan meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini. Anwar berikrar akan mengangkat hak Bumiputera dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 8) Kerajaan perpaduan akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI