DATUK Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas hari pertama sebagai Perdana Menteri ke-10 di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya pada Jumaat. Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar terus bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas. Beliau tiba di blok utama Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri (PMO) pada pukul 9.53 pagi. Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10. Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis, 24 November. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI