suria

Bidadari Ebit Lew keguguran, sedar Allah uji sebab sayang

Ebit mendoakan kesembuhan buat isterinya yang mengalami keguguran.

ALLAH uji sebab Allah sayang.

Demikian kata aktivis kebajikan Ebit Lew ketika berkongsi khabar duka mengenai isterinya yang mengalami keguguran.

Dalam posting di Facebook, Ebit turut berkongsi sekeping foto memaparkan dia sedang menolak isterinya di atas kerusi roda.

"Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran. InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab Dia sayang.

ARTIKEL BERKAITA: Ustaz romantis! Video ‘Bollywood’ Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia – “Terasa segar muka”

"Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah," tulis Ebit yang juga bapa kepada empat cahaya mata.

Di ruangan komen, netizen turut menitipkan doa buat isteri personaliti dakwah itu dan berharap dia diberi kesembuhan segera.

"Syafakallah buat isteri ustaz. Semoga baik-baik semua.

" Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segalanya buat ustaz skeluarga.

"Semoga cepat sembuh isteri tercinta ustaz Ebit Liew," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain