DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan berjumpa dengan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jakarta baru-baru ini. Bekas perdana menteri itu telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan dakwaan sebegitu. Dakwaan itu menggelarkan perjumpaan di antara Ismail Sabri dan Muhyiddin itu sebagai 'Langkah Jakarta'. Ismail Sabri menekankan dia berada dalam Malaysia pada 8 Disember iaitu tarikh yang didakwa berlakunya pertemuan tersebut dan Jabatan Imigresen boleh membuktikan keberadaannya dalam negara. "Kalau nak fitnah orang pun biarlah munasabah sikit. Kalau dalam rekod imigresen, saya tak keluar negara. Maknanya saya dalam negaralah," katanya. Ismail Sabri seterusnya menambah pada 8 Disember dia telah menghadiri upacara Rainforest Challenge di Bera, Pahang. Sebelum itu, melalui satu hantaran laman Instagram milik Ismail Sabri, dia dilihat berjumpa seorang wartawan veteran dan makan nasi daun pisang bersamanya. Dakwaan yang menyatakan Ismail Sabri berada di Jakarta tersebar di media sosial berikutan ketidakhadirannya dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertnggi (MKT) Umno yang berlangsung pada 8 Disember. Individu yang menyebarkan dakwaan itu mengatakan perjumpaan 'Langkah Jakarta' itu dihadiri Muhyiddin dan sesuatu sedang dirancang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI