suria

Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang

Sumber memberitahu Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang,

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), menurut sumber parti.

Bagaimanapun Dr Mahathir dilaporkan akan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).

Setakat ini parti itu masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara ini.

Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang yang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh majoriti 13,518 undi.

Pejuang juga gagal memenangi sebarang kerusi dalam 125 kawasan ditandingi, malah ramai calonnya hilang wang deposit.

Dr Mahathir bagaimanapun akur dan menerima pilihan rakyat dengan hati yang terbuka, malah beliau akan memberi tumpuan kepada bidang penulisan dan turut terbuka untuk ditemuduga penulis. -BHarian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain