suria

[V] Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ibu, anak ditemui berpelukan

DIKEMASKINI

SERAMAI 19 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, pada Jumaat.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, dua mayat mangsa ditemui pada pukul 4.30 petang berhampiran tapak perkhemahan di tepi sungai.

"Mayat yang dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemui dalam keadaan berpelukan.

"Kita percaya kedua-duanya pada asalnya sama ada di kawasan puncak bukit atau ladang, dan mayat mereka dibawa oleh pergerakan tanah ke arah kawasan tepi sungai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh di tapak perkhemahan: 37 mangsa diselamatkan, lebih 60 masih terperangkap

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anggota mencari dan menyelamat menemui satu lagi mayat pada pukul 5 petang.

Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 19, dengan jumlah mangsa yang masih hilang 14 orang setakat pukul 5 petang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain