suria

Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat tiada lesen adakan aktiviti perkhemahan

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali. foto YAP CHEE HONG/The Star

SYARIKAT yang mengendalikan tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tidak mempunyai lesen yang sah untuk menyelia aktiviti berkenaan, kata Nga Kor Ming.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu berkata, semakan dengan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mendedahkan pemilik tapak itu hanya mempunyai lesen untuk mengusahakan aktiviti pertanian organik.

"Pengusaha ada menghantar permohonan untuk memulakan perusahaan perladangan organik pada 2019, tetapi kita percaya memulakan operasi tapak perkhemahan pada 2020," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kor Ming berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha dan mereka yang didapati menyelia aktiviti perkhemahan tanpa lesen yang sah.

"Jika didapati besalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM50,000.

"Mereka yang menyelia aktiviti sebegitu harus menghentikannya dengar kadar segera dan memohon lesen terlebih dahulu," katanya.

Menurut Kor Ming, arahan tersebut tertakluk kepada mereka yang memiliki tapak perkhemahan di kawasan berisiko tinggi seperti berdekatan dengan sungai, air terjun dan lereng bukit. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain