suria

Tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali: Lapan disahkan meninggal dunia

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan anggota bomba.

DIKEMASKINI

SERAMAI lapan mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), memetik sumber Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Hulu Selangor

"Setakat jam 9.15 pagi, seramai 92 orang mangsa telah ditemui.

"Hasil siasatan mendapati 53 mangsa ditemui selamat, tujuh mangsa cedera dan lapan mangsa disahkan meninggal dunia," menurutnya dalam satu kenyataan di Facebook, pagi Jumaat.

Menurut Nadma, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Pihak bomba turut memaklumkan bahawa kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father's Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh di tapak perkhemahan: 37 mangsa diselamatkan, lebih 60 masih terperangkap

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Katanya sehingga kini kira-kira 31 mangsa sudah berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan di lokasi kejadian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain