suria

Tanah runtuh Batang Kali: PM seru rakyat Malaysia berdoa... Mahu operasi SAR rapi, sistematik

PM seru operasi dilakukan secara sistematik.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan terlibat dalam operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, menjalankan gerak kerja secara rapi dan sistematik.

Menerusi kenyataan, beliau memaklumkan terkejut dengan insiden yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berhampiran jalan yang menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

"Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

"Saya juga dimaklumkan menteri-menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat," ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan agar misi yang sedang dijalankan itu dapat dipermudahkan.

Beliau juga memaklumkan, akan turun ke lokasi kejadian pada sebelah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain