suria

PH, BN, GPS, GRS dan Warisan meterai MoU kukuhkan Kerajaan Perpaduan

Pemimpin parti politik memeterai perjanjian persefahaman. foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

PEMIMPIN parti politik yang menjadi gabungan membentuk Kerajaan Perpaduan hadir untuk memeterai perjanjian persefahaman pada Jumaat, 16 Disember.

Perjanjian persefahaman tersebut bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung pada pukul 3 petang, Jumaat, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Antara pemimpin parti yang dilihat hadir ialah pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun.

Seterusnya bakal presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Ewon Benedick dan ahli parlimen GRS yang lain turut hadir.

Selain itu, antara figura lain yang dapat diperhaikan ialah Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Mewakili blok Barisan Nasional, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat tiba untuk majlis menandatangani perjanjian.

Pemimpin Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga tidak ketinggalan untuk memeterai perjanjian tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain