PENEMUAN mayat seorang kanak-kanak perempuan menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Batang Kali meningkat kepada 24 orang. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihak berkuasa masih mencari sembilan lagi mangsa. "Semua agensi sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih ada," katanya kepada pemberita di tapak tanah runtuh pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 23 Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dalam catatan Facebook, berkata kerja kini sedang dijalankan untuk membawa mayat kanak-kanak itu keluar dari lokasi. “Setakat 4.38 petang Sabtu, sembilan lagi mangsa masih hilang dan jumlah kematian kini 24 orang,” kata Pusat Pengurusan Operasi jabatan itu. Ia berkata seramai 128 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI