suria

Kadar dividen ASNB 2022 diumum, lebih tinggi berbanding 2021

ASNB mengumumkan agihan pendapatan untuk dana ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. (Gambar hiasan)

SEPERTI yang dinantikan para pelabur, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 4.60 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Menerusi anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu, pengagihan pendapatan tersebut merangkumi 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! Dividen ASB 5 sen

ASNB turut mengumumkan bonus tambahan 0.5 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Pada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

dividen ASB, ASB, ASNB, PNB, dividen

Artikel Lain