MAYAT empat lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian Tanah Runtuh di Batang Kali berjaya ditemukan pada Khamis pagi. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, setakat 11.04 pagi, mayat dua kanak-kanak, seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa yang ditemukan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 30 orang. Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh masih mencari tiga lagi mangsa. Setakat ini, jumlah mangsa yang terselamat ialah 61, manakala 30 maut dan tiga lagi masih hilang. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI