suria

Tanah Runtuh Batang Kali: SAR mangsa terakhir fokus di Sektor A

SAR Batang Kali diteruskan pada Sabtu.

MISI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor akan memberi fokus kepada Sektor A Hillview (pemandangan bukit).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi yang bermula jam 7.30 pagi Sabtu itu melibatkan seramai 80 anggota.

"Agensi yang terlibat pada hari kesembilan operasi ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART).

"Kami akan fokus kepada Sektor A,” katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Tambahnya, pasukan recce memasuki kawasan berkenaan pada 7.30 pagi untuk menilai struktur tanah.

"Pasukan K9 telah dihantar sebelum SAR memasuki titik sifar untuk memulakan operasi bagi mencari seorang lagi mangsa tanah runtuh itu,” katanya.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, pada jam 2.42 pagi pada 16 Disember telah meragut 30 nyawa, dengan seorang masih hilang. 61 lagi terselamat daripada bencana itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain