suria

Mujur ada abang bomba... 25 pelancong terkandas di resort, gagal keluar selepas jalan ditenggelami banjir

25 mangsa selamat dipindahkan dan ditempatkan sementara di inap desa berhampiran

ANGGOTA bomba datang menyelamatkan 25 pelancong di sebuah resort di utara Sabah, Kota Belud yang terkandas selepas mereka terperangkap dalam air banjir yang menenggelamkan jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke kawasan lebih tinggi di inap desa berhampiran dalam kejadian 6 pagi Jumaat.

Jurucakap itu berkata, mangsa, terdiri daripada lima lelaki dan 20 wanita yang datang dengan menaiki enam kenderaan tidak dapat melalui jalan dinaiki air di sekitar pusat peranginan di Kampung Melangkap Baru, Kota Belud.

"Kereta mereka tidak dapat melalui jalan. Ketika meninjau keadaan, anggota kami menasihatkan mangsa supaya pergi ke tempat yang lebih selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hempuk kepala babi hutan guna pendayung, mangsa banjir Kelantan dilabel kejam! - “Jangan jadi manusia tiada perasaan”

"Mereka kemudian membantu mangsa keluar dari kawasan itu,” kata jurucakap itu.

Kesemua 25 mangsa selamat dipindahkan dan ditempatkan sementara di inap desa berhampiran dan kemudiannya diambil oleh ahli keluarga mangsa.

Keadaan banjir semakin pulih sejak jam 9 pagi tetapi enam kenderaan mangsa masih terperangkap di kawasan itu, kata jurucakap itu sambil menambah operasi mereka tamat kira-kira jam 8 pagi. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain