ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) terpaksa dipanggil untuk membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun selepas bibirnya tersepit pada penutup botol. Menurut komander operasinya, Mohd Rusdi Ibrahim, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar pukul 10 pagi Jumaat (6 Jan). ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas berdepan detik cemas, kepala tersangkut kerusi plastik selepas terjatuh Menurut Mohd Rusli, pihaknya menghantar sebuah jentera bomba dan enam anggota ke lokasi kejadian. "Berdasarkan pemeriksaan kami, bibir budak lelaki itu telah tersepit dalam penutup botol selama lebih sejam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Katanya, anggota bomba berjaya mengeluarkan bibir mangsa dari penutup botol dengan selamat menggunakan peralatan khas 'mini grinder'. "Mangsa mengalami bengkak bibir dan dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut," katanya. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI