SEORANG pelajar sekolah menengah dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Salak Tinggi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan berkata seorang guru menemui pelajar itu di atas lantai dengan pendarahan di kepala. Dia dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada pukul 10:25 pagi, Jumaat. Siasatan awal mendapati pelajar tersebut mempunyai sejarah kemurungan dan pihak sekolah pernah beberapa kali menghantarnya ke sesi kaunseling. "Pelajar berumur 15 tahun itu pernah beberapa kali dihantar ke sesi kaunseling oleh pihak sekolah kerana dia mengalami kemurungan. "Dia juga pernah menerima rawatan psikiatrik di Hospital Serdang," kata Kamarul. Saksi di tempat kejadian memberitahu pihak polis mereka melihat pelajar tersebut berada di laluan pejalan kaki tingkat tiga sebelum insiden itu. "Dia pada masa ini sedang dirawat di zon merah hospital dan setakat masa sekarang masih belum sedar. Dia dalam keadaan kritikal," katanya. - The Star Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang, sila hubungi talian hotline berikut: Talian Kasih Talian Utama: 15999 The Befrienders Hotline: 03-76272929 Pusat Kaunseling Agape Malaysia Talian Penting: 03-77855955 atau 03-77810800 Persatuan Talian Hidup Malaysia Hotline: 03-42657995 Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk pekerja barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19. Mereka boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI