POLIS menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes kecurian barang milik mangsa tragedi tanah runtuh di Batang kali pada 16 Disember lalu. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan di sekitar Lembah Klang, pada Jumaat. "Dalam tangkapan itu, kami juga merampas barang dipercayai milik mangsa (kes tanah runtuh),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Selangor, pada Sabtu. Bukan itu sahaja, dia mendakwa individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan kad Touch N Go milik mangsa. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI