suria

Bom menyebabkan pelayan kedai terbunuh guna sistem kawalan jauh

Bahan yang dirampas dari rumah suspek dipercayai digunakan untuk membuat bom. CHAN TAK KONG/The Star/AUSTIN

BOM buatan sendiri yang mengorbankan seorang pelayan kedai di Pandan Indah, Kuala Lumpur telah diletupkan menggunakan sistem kawalan jauh.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata dua suspek yang merupakan kenalan dan juga pasangan dipercayai berada berdekatan lokasi kejadian ketika insiden.

"Ya, kami percaya ia adalah bom yang diletupkan menggunakan sistem kawalan jauh," dia memberitahu pemberita, Sabtu.

Setakat ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan daripada 36 individu yang mempunyai hubung kait dengan kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri direman 7 hari, disyaki terlibat kes pelayan kedai maut terkena letupan bom

"Saya boleh sahkan motif pembunuhan adalah kerana sebab peribadi.

"Kedua-dua suspek masih direman untuk siasatan lanjut," katanya memberitahu pihak polis sedang cuba menentukan bagaimana pasangan itu mempelajari teknik membuat bom.

Sasikala Devi memaklumkan beberapa peralatan dan kelengkapan seperti bunga api dan pisau telah dirampas dari rumah suspek.

Terdahulu, pada 29 Disember, seorang pelayan di sebuah restoran terkorban dalam insiden letupan ketika sedang memeriksa bungkusan mencurigakan yang diletakkan di atas keretanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 malam hari kejadian ketika sedang menerima rawatan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain