suria

Tragis! Van turun dari Genting Highlands terbabas, 7 penumpang terkorban

Tujuh penumpang van maut dalam kejadian pada Rabu petang.

SERAMAI tujuh penumpang van maut selepas kenderaan dinaiki terbabas ke sisi jalan di kilometer 4.8 jalan turun Genting Highland, Rabu petang.

Menurut Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd Saufi Zakaria, van tersebut membawa keseluruhan 14 penumpang ketika kejadian.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba Genting Highlands berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari Rabu.

“Kami segera menghantar sebuah jentera dan enam anggota bomba ke tempat kejadian dan mereka tiba kira-kira 15 minit kemudian.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah van pelancongan merempuh pembahagi jalan,” katanya.

Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan rescue tools sebelum mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain