POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang didapati memandu di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas satu video tular di aplikasi WhatsApp. Dalam video berdurasi 25 saat, sebuah MPV dilihat dipandu di sepanjang lorong motosikal berhampiran Amcorp Mall. "Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku pada 4 Mac," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Pemandu Vios selamba masuk lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan serah diri Difahamkan, polis sedang mengesan pemandu MPV berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-3231 1232 atau tampil di balai polis berhampiran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube