suria

Pemimpin Bersatu hadir ke ibu pejabat SPRM, beri sokongan kepada Muhyiddin

Pemimpin dan anggota Bersatu berkumpul di luar ibu pejabat SPRM untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin. Foto: The Star

BEBERAPA pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berada di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis (9 Mac).

Antara yang kelihatan adalah Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris serta Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Razali berkata beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dijangka hadir untuk memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan hadir memberi keterangan kepada SPRM, pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi kena tahan di padang golf, Muhyiddin sahkan dipanggil SPRM pada Khamis

Muhyiddin dijangka tiba di bangunan itu kira-kira jam 11 pagi.

Bekas Perdana Menteri itu dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan wang RM300 juta disyaki diterima Bersatu daripada dana di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Covid-19.

SPRM sebelum ini telah membekukan beberapa akaun milik Bersatu pada Januari. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain