suria

Ahli astronomi UAE ramal Aidilfitri disambut 21 April, Ramadan tahun ini hanya 29 hari

Ramadan tahun ini dijangka hanya 29 hari oleh Persatuan Astronomi Emirates. - Gambar hiasan

PERSATUAN Astronomi Emirates meramalkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Jumaat, 21 April.

“Kemungkinan besar, Ramadan tahun ini adalah selama 29 hari.

"Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Syawal adalah pada hari Jumaat, 21 April,” kata Ibrahim Al Jarwan, pengerusi lembaga pengarah persatuan itu seperti dilaporkan The National News

ARTIKEL BERKAITAN: Jakim jawab kekeliruan tarikh sambutan Aidilfitri 2023, ramai bimbang ‘raya terkejut’ sekali lagi

Berdasarkan laporan The National, mengikut pengiraan astronomi, cuti Aidilfitri di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka bakal bermula daripada 29 Ramadan hingga 3 Syawal.

Iaitu bermula dari Khamis 20 April hingga ke Ahad, 23 April

Namun begitu, pengumuman yang lebih tepat dan pengesahan akan dilaporkan oleh jawatankuasa penglihatan bulan negara itu.

Sementara itu di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan pada 31 Mac lalu berhubung kekeliruan mengenai tarikh jatuhnya Hari Raya Aidilfitri dan meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi.

"Jakim ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

"Ia akan melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," kata Jakim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain