suria

Banyak preservatif dan garam, Dr Rafidah akui tak makan sardin dalam tin jual di Malaysia- “Yang biasa saya beli di UK okay”

Dr Rafidah berkata sardin di dalam tin mengandungi banyak preservatif dan garam.

NAMA Dr Rafidah Abdullah sekali lagi menjadi perbualan netizen selepas dia membuat perkongsian tentang menu ikan sardin.

Menerusi Twitter pada Jumaat, pakar perubatan itu berkata dia tidak mengamalkan makan sardin di dalam tin kerana kandungan preservatif dan garam yang tinggi.

"Ramai yang tanya saya pasal sardin. Saya tidak makan sardin dalam tin, apatah lagi menggorengnya. Makanan dalam tin banyak preservatif dan garam.

"Biasa saya makan ikan fresh sahaja, grilled. Betul tanggapan ramai," ujar Dr Rafidah kepada lebih 120,000 pengikutnya di Twitter.

Menerusi ruangan balas, Dr Rafidah bagaimanapun berkata, terdapat produk sardin di dalam tin yang bagus seperti yang biasa dibelinya di United Kingdom (UK).

"Canned sardines ada yang okay. Yang biasa saya beli di UK okay. Yang penting, baca kotak ingredient di tepi. Yang biasa kita dapat di Malaysia, saya tidak suka.

"Cuba check kandungan ingredients tepi can. Boleh buat keputusan sendiri. Kebanyakannya tidak sihat. Untuk pesakit dialisis, absolute no yang dalam tin. Banyak fosfat," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau awak tak biasa masak...” - Khairulaming jawab teguran resipi banyak minyak, orang diet boleh ubah ikut selera sendiri

Tambah Dr Rafidah, harga sardin juga agak tinggi dan dia menasihatkan orang ramai agar mengambilnya dalam kuantiti sedikit.

Katanya lagi, ciapan itu bukanlah satu teguran, sebaliknya sekadar menjawab pertanyaan orang ramai.

"Saya tidak menegur sesiapa. Ramai yang bertanya, saya hanya menjawab," ciapnya lagi.

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan pelbagai komen pada hantaran itu termasuklah yang kurang bersetuju dengan pandangan Dr Rafidah.

Malah, netizen turut mengaitkan ciapan Dr Rafidah dengan video terbaharu Khairulaming yang memaparkan menu masakan roti puri cicah sardin tumis yang dikongsi pada Khamis.

"Komen tu bagus. Tapi timing comment ni macam tak berapa kenalah.

"Kenapa ramai yang bitter ya? Sedangkan doktor suggest benda yang baik," tulis seorang lagi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain