suria

Anak diserang, digigit! Guru taska didakwa abai kanak-kanak dalam bilik isolasi sejuk... tak mahu ganggu bayi lain sedang tidur

El Ameerah mendakwa anaknya cedera selepas diletakkan di sebuah taska, Januari lalu.

SEORANG wanita dikenali sebagai El Ameerah tampil membuat pendedahan tentang anaknya yang didakwa dianiaya di sebuah taska.

Menurut wanita itu, anaknya, Maryam mula menunjukkan tanda-tanda pelik selepas tiga hari dipindahkan ke sebuah taska.

"Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Dan Maryam masa tu baru berusia setahun satu bulan. Hari pertama, Maryam sangat gembira. Dia jalan sendiri ke pintu masuk. Petang tu abah jemput Maryam, dia menangis kuat nampak abah depan pintu.

"Ummi mula rasa tak sedap hati. Sebab di taska lama, Maryam biasanya gembira je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis atau stres. Di taska baharu ni, Maryam cranky balik hari pertama tu, ummi mula-mula cuba nak bersangka baik.

"Hari kedua, ummi pergi jemput Maryam dan cuba perhati. Saya berdiri di tempat masuk dan rakam reaksi Maryam, dia nampak sedih. Sampai rumah, abah tengok ada kesan merah kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecil setompok je, ummi dan abah could sense theres a red flag sign," ujarnya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Pengasuh tampar, ketuk budak guna sudip didakwa pernah dera kanak-kanak lain... selalu ada kesan luka cubit di badan

Pada hari ketiga, wanita itu dimaklumkan oleh seorang guru bahawa anaknya telah digigit oleh seorang lagi kanak-kanak.

Pada waktu itu, mereka turut menyedari kecederaan lain, termasuklah pada bahagian telinga, pipi, dan tangan dan tapak tangan.

"Tiba-tiba petang tu, teacher kelas Maryam WhatsApp gambar tangan Maryam ada kesan lebam dan luka-luka. Teacher cakap kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambil minyak rambut. Ya Allah. Kaki rasa lemah masa tu. Ummi dan abah terus drive ke taska nak ambil Maryam. Masa tu jantung rasa nak pecah.

"Sampai je di taska, Maryam nampak lemah sangat. Ummi dan abah terkejut bila tengok rupa-rupanya bukan tangan kiri je ada luka dan lebam. Bawah telinga ada kesan. Dekat pipi pun ada kesan. Belakang tapak tangan ada kesan. Tangan kanan ada kesan gigitan. Kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya Allah. Kesian sangat tengok Maryam masa tu," dakwanya panjang lebar.

Lebih mengejutkan, El Ameerah mendakwa anaknya bersama beberapa kanak-kanak lain diasingkan dalam sebuah bilik yang terlalu daif di taska itu atas alasan yang tidak munasabah.

maryam3

Maryam terpaksa dirujuk kepada psikiatri kerana mengalami gangguan selepas kejadian berkenaan.

"Abah ambil Maryam dan bawa ke kereta. Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi expect teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam. Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain. Teacher jalan terus lagi ke dalam menuju ke sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang.

"Masa teacher buka pintu, ummi nampak ada empat lagi budak-budak dalam bilik tu. Terkejut sangat ummi tengok keadaan bilik tu. Bilik kecil yang kosong tak ada apa-apa. Tak ada floor mat, tak ada toto ke apa ke, tak ada mainan, tak ada buku, tak ada hiasan dinding, tak ada cot. Literally kosong! Is this a classroom for kids?

"Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat sebab taska tu ada aircond. Memang sejuk. Teacher pun pakai selipar. Tapi budak-budak dalam tu baring dan duduk atas lantai sejuk! Ya Allah. Sampainya hati," dakwanya.

Selepas bertanya kepada seorang guru, El Ameerah dimaklumkan bahawa bilik tersebut merupakan ruangan isolasi untuk mengelakkan gangguan kepada bayi yang sedang tidur.

"Teacher cakap tu bilik isolasi. Ya Allah masa tu rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa letak dalam bilik isolasi sedangkan Maryam sihat walafiat pagi tu. Teacher simply jawab yang toddler (budak satu hingga dua tahun) diletakkan sementara dalam bilik isolasi pada waktu petang sebab tak nak ganggu baby lain yang tidur because area baby bersebelahan dengan area toddler.

"Kenapa tiba-tiba ada isu ganggu baby tidur? And at the first place, itu taska. Where on earth ada taska senyap macam perpustakaan? Baby tak salah. Toddler pun tak salah. Masing-masing perlukan perhatian. Tapi kenapa ada diskriminasi?

maryam2

Antara kecederaan yang dialami Maryam.

"Teacher cakap toddler duduk dalam bilik isolasi sekejap je sementara tunggu parents sampai waktu petang. Bila ummi tengok kamera litar tertutup (CCTV), rupa-rupanya Maryam and empat toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu sejak pagi. Astaghfirullah. Remuk hati ummi," dakwa wanita itu lagi.

Menurut El Ameerah, siasatan polis mendedahkan kanak-kanak tersebut sudah beberapa kali ditinggalkan di dalam bilik berkenaan tanpa pengawasan guru.

"Dalam CCTV tu, ummi tengok budak-budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal! Ya Allah. Anak orang kan tu. Anak kucing pun orang letak alas. Why teacher why? Kenapa tergamak?? Based on siasatan polis, teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik kosong tu tanpa pengawasan beberapa kali!

"Dan tak ada teacher lain ganti untuk tengokkan budak-budak dalam bilik tu. Polis maklumkan masa teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik tu, ada budak lain gigit and cubit Maryam. Masa ni, Maryam kena attack tiga hingga empat kali.

"Tak lama lepas tu, teacher keluar sekali lagi dari bilik isolasi dan tinggalkan tanpa pengawasan. Habis Maryam kena serang lagi dengan budak tadi. Sampai enam kali serangan gigit dan cubit. Dalam CCTV,Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Maybe Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Mana teacher waktu ni," ujarnya lagi.

Selain membuat laporan polis, El Ameerah turut membawa anaknya untuk membuat imbasan x-ray dan beberapa pemeriksaan kesihatan lain di sebuah hospital.

Lebih pilu, Maryam turut dirujuk kepada psikiatri kanak-kanak selepas mengalami kesukaran untuk tidur dan sering terganggu pada waktu malam.

"Siasatan polis pun dah selesai. Jadi dah tiba masa ummi dan abah usahakan cara lain untuk fight for Maryam. Ummi dan abah percaya ada banyak lagi kebenaran yang belum tersingkap. Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka advise untuk ummi dan abah ambil legal action ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi.

"Barulah ummi dan abah faham kenapa ramai parents yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan reda. Ummi dan abah tahu perjuangan ini tak mudah dan tak murah. Tetapi ummi dan abah akan usaha sedaya mungkin supaya Maryam mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak yang zalim mendapat balasan setimpal.

"Maryam surely akan sembuh dari semua ni InsyaAllah. Tetapi luka di hati ummi dan abah tak akan terubat selamanya. Maafkan ummi dan abah kerana tak dapat bersama Maryam ketika Maryam sangat-sangat perlukan pertolongan. Hanya Allah yang dapat menjaga Maryam dan Allah lah sebaik-baik penjaga," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain