suria

Bermesra dengan rakyat di bazar Ramadan... Agong tepuk bahu peniaga minta air jagung, Tunku Azizah order air balang asam boi

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika membeli air balang di bazar Ramadan.

BAZAR Ramadan yang menawarkan ribuan juadah menarik menjadi tumpuan rakyat Malaysia setiap kali tibanya bulan puasa.

Keterujaan itu turut dirasai oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli melawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada Khamis.

Menerusi video tular, baginda yang ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat sedang berada di sebuah gerai minuman berkonsepkan air balang di bazar tersebut.

"Agong dan Permaisuri order air balang," tulis kapsyen video TikTok yang menerima hampir 300,000 tontonan itu.

Ketika berada di gerai itu, Tunku Azizah turut membeli beberapa bungkus air balang pelbagai perisa yang dijual.

"Asam boi nak, asam boi dua. Ribena, campur la tak apa," kata Tunku Azizah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah, pengantin ini bertuah lagi! TV pemberian Agong yang pertama akan dibawa masuk ke rumah baharu

"Air jagung," ujar Agong secara santai sambil menepuk belakang bahu peniaga itu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa teruja menonton video itu dan menyifatkan mereka sebagai raja berjiwa rakyat.

"Haha tepuk bahu nak air jagung. Cepat sikit bang.

"Mesranya Agong dan permasuri, terbaik.

"Terbaik Agong dan permaisuri. raja berjiwa rakyat," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain