suria

Muncul ‘tukang kira’ anggar untung rugi Khairulaming selepas belanja pekerja, total loss RM154,000 boleh jadi satu kelebihan

Khairulaming dipuji kerana membelanjakan wang yang banyak untuk menggembirakan pekerjanya.

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Khairulaming menjadi perbualan ramai selepas dia menutup operasi kilang sambal miliknya di Kelantan, baru-baru ini.

Pada kesempatan itu, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman bukan sahaja membawa 60 pekerjanya keluar membeli baju raya, berbuka puasa di hotel, malah turut menghadiahkan bonus wang tunai buat mereka.

Terbaharu, seorang individu di Facebook, dikenali sebagai Faridzul Asyraf Mat Arifin membuat anggaran kos yang dibelanjakan personaliti popular itu untuk kesemua pekerjanya.

"Berapa Khairulaming loss (habis) belanja pekerja? Dia bawa staf 60 orang pergi belanja baju raya, lepas tu bagi bonus raya, kemudian makan bufet kat hotel.

"Baju raya 300 kali (darab) 60 orang, jumlah RM18,000. Bonus raya RM1,000 kali 60, jumlah RM60,000. Bufet raya, RM100 kali 60, jumlah RM6,000. Total RM84,000.

"Dia tutup dua hari operasi. Ini lagi loss besar. Sehari 5,000 botol RM70,000. Dua hari RM140,000. Let say la Cost of goods sold (COGS) lima peratus, so RM70,000 kerugian. Total loss RM154,000," ujar individu itu.

Menurutnya lagi, kerugian itu bagaimanapun boleh diubah menjadi satu hal yang positif sekiranya ia dilihat dari sudut pandang orang berilmu.

553

Khairulaming berkongsi rezeki dengan para pekerjanya.

"Benda ini loss kalau kita fikir ia loss. Tapi kalau ada ilmu, ia boleh jadi advantage (kelebihan). Boleh kurang cukai dari company bayar. Itu pun kalau Khairulaming issue voucher dan claim la.

"Let say la revenue RM20 juta (saya tak jumpa apa nama company jadi tak boleh nak validate anggar-anggar je la) dan ada untung.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairulaming ajak staf ‘raya awal’! Bagi bonus, tutup kilang bawa semua pergi shopping... tolak demand sambal 3 kali ganda pada Ramadan

"Food & Beverage (F&B) ni 10 peratus net profit dah dikira tinggi jadi RM2 juta kena bayar which is RM480,000 dah ada extra expenses macam ni bolehlah tolak so net profit kurang, cukai pun kurang dibayar. Pengiraan lengkap kena rujuk accountant ya," ujarnya lagi.

Menurut Faridzul Asyraf lagi, apa yang dilakukan Khairulaming juga boleh memberi kegembiraan buat pekerja, sekali gus meningkatkan produktiviti mereka.

"Staf diraikan macam ni siapa yang nak keluar ya tak? F&B ni turn over tinggi, itu loss yang orang tak nampak. Bila hargai staf macam ni, staf kekal dan happy maka produktiviti meningkat berganda.

"Saya pun macam nak kerja dengan Khairulaming jugalah. Yes company bagi macam macam benefit ni dia boleh tarik good talents, talents ni akan kembangkan lagi company," ujarnya lagi.

Pada penghujung perkongsiannya, Faridzul Asyraf memberi pesanan kepada individu di luar sana agar tidak berputus asa, sebagaimana Khairulaming yang cekal meneruskan impian meskipun berdepan kegagalan bisnes terdahulu.

"As majikan, kita doalah supaya company kita pun macam ni. Khairulaming tak adalah ini first bisnes dia, dah buat few sebelum ni yang tak jadi. So jangan rasa tertekan, kita main ikut apa kekuatan kita

"As staff, doalah supaya company korang kerja tu maju macam ni. Company nak grow, staff ni aset paling penting nak kena grow juga. So kalau company tak grow sebab staff yang tak grow juga.

"Tapi kalau rasa dah give the best but still takuk lama, pindahlah bukan tak boleh pindah. Good luck," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain