HAJAT seorang pelanggan untuk menikmati kuih Vadai yang dibeli di bazar Ramadan, terbantut apabila menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka. Manakan tidak, sebatang gigi berlubang ditemui dalam makanan tradisional kaum India itu. Penemuan mengejut itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok sehingga menjadi tular. "Buka puasa apa hari ni gais? Kami beli kuih percuma gigi dalam kuih. "Pakej gigi berlubang," dakwanya menerusi satu video. Orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. -gambar sekadar hiasan Menurut seorang wanita, kejadian itu disedari oleh salah seorang ahli keluarganya yang sedangmenjamah makanan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam ARTIKEL BERKAITAN: Pergi bazar, wanita tergoda popia sira sambal digoreng cantik, siap tabur bawang goreng... terkejut tengok intinya! "Abang kunyah-kunyah keras ingatkan apa, sekali keluarkan dari mulut tengok rupanya gigi," katanya. Kejadian disedari ketika seorang ahli keluarga memakan kuih tersebut. Dalam pada itu, netizen pada awalnya menyangka bendasing di dalam kuih tersebut adalah biji barli. "Bukan, itu gigi," kata wanita itu lagi di ruangan komen tanpa mendedahkan lokasi bazar Ramadan dan tarikh kejadian. Mungkin peniaga ingat tu barli. NETIZEN Bagaimanapun, siapa pemilik gigi berlubang itu terus menimbulkan tanda tanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan 'misteri' dalam makanan yang dibeli pelanggan itu di bazar Ramadan. Antara komen netizen. "Loya tekak sebulan. "Daripada aku rasa lapar terus mual tak jadi lapar dah. "Mungkin peniaga ingat tu barli. "Kalau aku yang kena memang taubat nak beli kuih," demikian antara komen netizen. Perkongsian di akaun TikTok rezqiyusufcowarehouse meraih lebih 200,000 tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube