INISIATIF Tol Rahmah bakal dimanfaatkan oleh semua rakyat selama empat hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tol percuma itu ditawarkan bermula 19 hingga 21 April dan pada 24 April. Tambah Anwar, inisiatif tersebut melibatkan semua kelas kenderaan untuk 33 lebuh raya di negara ini. Dalam pengumuman sama pada Selasa, Anwar turut mengumumkan diskaun khas bayaran saman bermula 21 April hingga 21 Mei bagi kesalahan trafik tahun 2022 dan tahun sebelumnya. "Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023," ujar Anwar. Bagi memastikan kelancaran perjalanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan. Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube