suria

Lelaki selamba hembus rokok di stesen minyak! Siap hulur tangan keluar tingkap pegang puntung menyala

Lelaki ini dilihat merokok di pam minyak.

UMUM menyedari perbuatan merokok di stesen minyak adalah dilarang kerana ia boleh membawa kepada risiko kebakaran.

Berada berhampiran dengan bahan mudah terbakar iaitu petrol dan diesel menjadi sebab mengapa segala bentuk nyalaan api seperti puntung rokok, mancis dan pemetik api harus dijauhkan.

Namun begitu, ada sesetengah individu yang memilih untuk tidak menghiraukan peraturan ini hingga akhirnya membahayakan pengguna lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bakar mercun di MRR2 undang kemarahan, netizen seru polis tangkap segera - “Dia nak beraya dalam tirai besi!”

Begitulah insiden yang dapat diperhatikan melalui satu video tular di Twitter memaparkan seorang lelaki berada di dalam keretanya di sebuah pam minyak sambil tangan terjulur keluar daripada tingkap memegang puntung rokok.

Perkara itu mengundang kemarahan ramai kerana jika berlaku kejadian tidak diingini ekoran dari kedegilan lelaki itu ia bukan hanya melibatkan dirinya sahaja tetapi orang awam di sekelilingnya juga.

Pemilik video itu juga sempat merakam kelibat lelaki terbabit serta nombor pendaftaran kenderaan untuk dijadikan rujukan.

Difahamkan dia bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan untuk menegur lelaki tersebut dan membiarkannya menghabiskan rokok sebelum berlalu pergi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat tindakan lelaki itu boleh diibaratkan seperti mahu 'membunuh diri'.

"Satu perbuatan yang akan menyusahkan ramai orang. Sebelum meletup, baik lari dulu.

"Tolong bawa video ni ke balai polis, boleh disabitkan di bawah undang-undang dan bagi pengajaran sikit dekat pakcik ni.

"Kalau owner video tegur mungkin akan bertumbuk, kita kena faham," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain