suria

120 individu ditahan jual bunga api, nilai rampasan cecah RM3.3 juta

Permainan bunga api sinonim dengan musim perayaan di negara ini. (Gambar Hiasan)

LEBIH 100 individu ditangkap oleh polis menerusi operasi pada Mac dan April kerana tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Norsiah Mohd Saaduddin berkata polis telah menahan 120 orang kerana menjual bunga api secara haram dalam tempoh 28 Mac hingga 9 April.

"Anggaran nilai barang rampasan semasa serbuan itu ialah RM3,389,180. Pengawasan dan pemeriksaan akan diteruskan polis di seluruh negara termasuk jualan dalam talian menerusi laman e-dagang dan media sosial," katanya pada Ahad.

Tambahnya, polis telah menerima 6,526 permohonan untuk menjual bunga api sempena sambutan Hari Raya akan datang.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,188 permohonan telah diluluskan dengan 1,338 pemohon ditolak kerana tidak memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan," katanya. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain