suria

Tak ada sivik, laluan menghala ke Pantai Timur penuh dengan timbunan sampah

Pekerja Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis sedang membersihkan timbunan sampah yang dibuang di tepi jalan

MENJELANG sambutan Aidilfitri, jalan raya di seluruh negara dijangka sesak dengan kenderaan anak perantau yang mula bergerak pulang ke kampung halaman.

Namun, ramai meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang tergamak membuang sampah-sarap di kawasan jalan raya sehingga mencacatkan pemandangan alam sekitar.

Perkara itu turut dikongsi oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi ciapan foto di Twitter, pada Sabtu.

"Saya faham ramai pengguna jalan raya nak pulang ke Pantai Timur menggunakan laluan ini. Ada yang nak berehat sebab perjalanan jauh. Namun inilah pemandangan yang dapat saya lihat tiap tahun.

"Ini gambar terbaharu yang diambil. Ini ke sikap yang kita pupuk dalam diri anak-anak kita? Jaga kebersihan ni bermula daripada diri kita, didikan ibu bapa dan bermula dari rumah.

sanpah3

Sampah-sarap tidak kelihatan selepas dibersihkan oleh pekerja Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis.

"Saya sedikit terkilan kerana takkan tiada sedikit pun rasa tanggungjawab untuk jaga kebersihan setelah Allah dah bagi rezeki untuk kita makan, tempat untuk beristirehat. Adakah ini hadiah yang ditinggalkan untuk orang Lepeh," soalnya lagi.

Menerusi foto bertarikh 14 April, kelihatan beberapa pekerja Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis sedang membersihkan timbunan sampah yang dibuang di tepi jalan di laluan Kechau Tui di Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Sebelah aku dia campak” - Pemuda terkejut jumpa ‘kereta sampah’, cawan ‘terbang’ keluar dari tingkap dibaling pemandu pengotor

Di ruangan balas, ramai netizen turut menyelar sikap pengguna jalan raya yang dilabel pengotor dan berpesan agar perangai itu tidak diteruskan pada masa akan datang.

"Cuba kita bandingkan lebuhraya Utara dan Selatan. Ada macam ni tak? Kalau tak ada maknanya orang Pantai Timur kurang sivik la kan?

"Apa masalah kalau simpan je dulu sampah tu dalam plastik, dah sampai destinasi buang la dalam tong. Mentaliti.

"Ni mesti kat rumah pun bersepah pengotor. Jenis buang sampah merata rata," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain