suria

Tak hormat senior... Pelajar tingkatan 3 diterajang, 14 kali muka ditumbuk

Pelajar tingkatan 3 yang dipukul senior.

AKIBAT perselisihan faham, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ampang, Selangor cedera di muka dan leher selepas dipukul sekumpulan pelajar tingkatan lima di Trek Permotoran Bukit Mar Mar, Kemensah, Ampang pada 8 Mei.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, serangan itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham apabila mangsa dikatakan tidak menghormati kumpulan senior.

Beliau berkata, serangan terhadap remaja lelaki berusia 15 tahun itu pada mulanya bermula di sekolah mereka kira-kira jam 9.30 pagi di mana dia ditumbuk di dada kiri, dicekik dan ditendang di belakang oleh pelajar Tingkatan Lima yang dikenalinya.

“Pada jam 3 petang, mangsa telah diminta oleh lima pelajar terbabit untuk bertemu di Trek Motocross Bukit Mar Mar.

“Di trek, mangsa dipukul kumpulan terbabit dan seorang daripada suspek turut menumbuk muka mangsa empat kali sambil diperhatikan 15 lagi rakan suspek,” katanya dalam kenyataan, 12 Mei.

Mohamad Farouk berkata, kesemua suspek telah dipanggil untuk direkod keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang lain.

Terdahulu, video tular memaparkan mangsa berada di atas tanah dan cuba melindungi dirinya semasa dipukul dan ditendang suspek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain